http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/11-1.jpg
in

MN LEDANG BERI SUMBANGAN KEPADA MÂNGSA COVID-19

MN LEDANG BERI SUMBANGAN KEPADA MÂNGSA COVID-19

TANGKAK 211120 – Muafakat Nasional (MN) Ledang hari ini menziarahi 10 keluarga mangsa yang positif COVID-19 daripada Kluster Parit Kasan, iaitu satu daripada kluster baharu dan sedang aktif di Johor.

Semua mangsa dan kontak rapat kluster berkenaan sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing di Kampung Kasan, Kampung Sengkang Batu 19 dan Kampung Sungai Bilah, dí sekitar Bukit Gambir.

Antara pemimpin yang hadir Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin; Timbalan Yang Dipertua Pas Ledang, Mustafha Saleh; Ketua Dewan Himpunan Pendokong Pas (DHPP) Ledang, S. Purusothaman dan Ketua UMNO Bậhagian Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri.

Mereka meluangkan masa kira-kira 20 minit di setiap rumah sebelum menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada keluarga mangsa.

Kluster Parit Kasan merupakan tụjuh kluster baharu di negeri ini selain Kluster Kiambang, Kluster Jeri, Kluster Meldrum, Kluster Bayu, Kluster Kempas dan Kluster Padang. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 70 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0