in

LORI SWCORP TERBALIK, SEORANG MAUT, DUA CEDERA

http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/11-1200x675.png

LORI SWCORP TERBALIK, SEORANG MAUT, DUA CEDERA

KOTA TINGGI 011120 – Seorang pekerja SWM Corp maut manakala dua lagi cedera selepas lori pengangkut sampah milik syarikat konsesi itu kemalangan di Sungai Sisek, Jalan Kota Tinggi-Bandar Tenggara, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.10 pagi, lori pengangkut sampah itu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di tepi jalan tersebut.

Pemandunya, Jaman Ibrahim, 64, cedera parah dan tersepit di tempat duduk pemandu manakala dua kelindan lori, Ahmad Shamhaji dan Anggoro Dwi yang kedua-duanya warga Indonesia cedera.

Seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan, mereka turut dibantu satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) dan satu unit Utiliti Hilux.

“Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

“Dua mangsa yang cedera di tempat duduk sebelah pemandu cedera pula dihantar ke Hospital Kota Tinggi dengan menggunakan jentera EMRS BBP Kota Tinggi dan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan tamat pada pukul 12 tengah hari. – JT

(Visited 152 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0