http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/12-1-1200x675.png
in

LELAKI TERJATUH DARI BUMBUNG SELEPAS PECAH RUMAH

LELAKI TERJATUH DARI BUMBUNG SELEPAS PECAH RUMAH

JOHOR BAHRU 101120 – Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah cedera selepas terjatuh dari bumbung di Jalan Bertam Taman Daya, di sini malam semalam.

Dalam kejadian pukul 2 pagi, suspek berkenaan yang tidak berbaju terjatuh semasa cuba turun dari bumbung rumah tersebut di kawasan parkir sebelum ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, sebelum itu kehadiran suspek yang berusia 28 tahun disedari penduduk taman itu yang kemudian menghubungi Balai Taman Setia Indah.

“Bertindak atas maklumat, pasukan polis Balai Taman Setia Indah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki berada di atas bumbung.

“Polis menangkap suspek selepas terjatuh dan hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan lelaki itu mendapati tiada barang salah ditemui,”
katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Video berdurasi 46 saat yang melihatkan suspek sedang memanjat bumbung sebelum jatuh dengan anggota polis berada di depan rumah
tersebut tular dalam media sosial sejak semalam.

Mohd. Padzli berkata, suspek kini berada di hospital untuk rawatan dan semakan rekod jenayah mendapatinya mempunyai lima rekod
jenayah dan satu rekod kes dadah.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – JT

(Visited 189 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0