http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/Untitled-4-4-1200x675.png
in

KLUSTER GEMILANG: 95 PEKERJA SYARIKAT LOGISTIK DISARING

KLUSTER GEMILANG: 95 PEKERJA SYARIKAT LOGISTIK DISARING

JOHOR BAHRU 271120 – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menasihatkan semua syarikat yang berurusan dengan sebuah syarikat logistik di Tebrau, di sini supaya melakukan ujian saringan COVID-19.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R. Vidyananthan berkata, proses itu perlu dilakukan terhadap pekerja mereka kerana Kluster Gemilang iaitu kluster terbaharu di negeri ini dikesan di syarikat logistik terbabit.

“Pihak jabatan kesihatan masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk memastikan pengesanan kontak-kontak kerana syarikat terbabit mempunyai hubung kait dengan pelbagai industri di daerah ini.

“JKNJ ingin menasihati agar mereka yang terbabit melaksanakan saringan COVID-19 bagi pekerja mereka sebagai satu prosedur pencegahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, susulan bilangan kes yang tinggi, JKNJ menjalankan pensampelan ujian saringan ke atas pekerja syarikat tersebut termasuk pemandu dan kelindan lori pada hari ini.

Beliau berkata, pekerja yang terbabit telah diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) bagi mengawal pergerakan.

Menurutnya, kes indeks bagi kluster tersebut adalah daripada seorang pekerja syarikat logistik itu yang didapati positif Ahad lalu hasil saringan kemasukan di hospital swasta selepas bergejala susah nafas.

Susulan itu, hasil saringan kontak rapat mendapati 25 rakan sekerjanya dikesan positif COVID-19 dan kesemua kes tersebut dimasukkan ke Hospital untuk rawatan lanjut dan isolasi.

“Hingga pukul 12 tengah hari tadi, seramai 95 kontak rapat telah disaring, dengan 26 kes positif setakat ini. Mereka terdiri dari 19 bukan warganegara dan tujuh warganegara Malaysia. Seramai 65 individu masih lagi menunggu keputusan,” katanya. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 41 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0