http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/5-1-1200x675.png
in

KESALAHAN SEBAR, KONGSI KANDUNGAN LUCAH PALING TINGGI

KESALAHAN SEBAR, KONGSI KANDUNGAN LUCAH PALING TINGGI

KUALA LUMPUR 111120 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah mengambil tindakan terhadap 48 pertuduhan yang difailkan di mahkamah berkaitan penyalahgunaan media sosial, sepanjang Januari sehingga September lalu.

Angka itu memperlihatkan peningkatan sebanyak 66 peratus, iaitu meningkat berbanding tahun lalu.

Menurut SKMM, daripada jumlah itu, sebanyak 34 pertuduhan atas kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 iaitu perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah yang mencatatkan angka tertinggi, iaitu 22 pertuduhan.

“Ia diikuti dengan sembilan pertuduhan mengenai kandungan jelik, palsu (tiga) dan 14 lagi atas kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, seperti diputuskan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara berpandukan kepada hasil keterangan diperoleh.

“Bagi kesalahan menyalahgunakan aplikasi Facebook dan Twitter mencatatkan angka tertinggi, iaitu masing-masing sebanyak 14 pertuduhan, diikuti 13 kesalahan WhatsApp, manakala Instagram dan blog masing-masing mencatatkan bilangan terendah iaitu satu pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, secara keseluruhannya bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima sebanyak 178 Laporan Maklumat Pertama atau First Information Report (FIR) berkaitan dengan kesalahan penyalahgunaan media sosial, berbanding dengan hanya 139 diterima bagi tempoh sama, pada 2019.
SKMM menjelaskan, sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998.

“Jika disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“Peningkatan daripada segi bilangan pertuduhan di mahkamah menunjukkan ketegasan SKMM dalam menangani salah guna media sosial yang masih berleluasa dalam kalangan rakyat.

“Tindakan berkenaan untuk memastikan persekitaran Internet yang selamat dan terjamin,” katanya. – BH

(Visited 73 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0