http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/1-8-1200x675.png
in

@KastamMalaysia RAMPAS 5 KERETA DISUMBAT DALAM KONTENA

@KastamMalaysia RAMPAS 5 KERETA DISUMBAT DALAM KONTENA

JOHOR BAHRU 051120 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas lima kêreta dalam sebuah kontena di depoh di Jalan Emas 3, Pasir Gudang, dekat sini pada 21 Oktober lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, pemeriksaan pada pukul 6.30 petang dalam kontena bersaiz 40 kaki itu menemukan lima kêreta terpakai.

“Kita menemukan kêreta Toyota Fun Cargo, Toyota Allion dan Toyota Vitz selain Nissan March serta Nissan Xtrail. Nilai semua kenderaan yang dirampas dalam anggaran RM79,500 manakala nilai duti serta cukai dianggarkan RM112,890.

“Berikutan itu seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun yang merupakan pekerja syarikat import ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan dengan jaminan RM50,000,” katanya dalam sidang akhbar di Menara JKDM Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata, kontena tersebut diikrarkan di Pelabuhan Pasir Gudang sebagai kontena kosong yang masuk dari Singapura untuk dihantar ke Chile.

Pihaknya sedang menyiasat tujuan kereta tersebut díbawa masuk dan empat daripada kereta jenis tersebut tidak terdapat di negara ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda minimum RM100,000 dan maksimum tidak lebih RM500,000 atau penjara enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, beliau berkata, menerusi Ops Benteng di perairan Pontian pada jam 10 pagi, 24 Oktober lalu, pihaknya mệngejar sebuah bot fiber berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Sazali, setiba di Sungai Benut, dua lelaki dalam bot fiber tersebut terjun dan melarikan diri ke kawasan hutan bakau.

Hasil pẻmeriksaan katanya, pihak kastam menemukan empat bungkusan plastik yang bertulis guanyinwang dibungkus dalam plastik berwarna hitam dan diletakkan dalam beg biru dan tong cat putih.

“Di dalamnya kita menemukan serbuk kristal disyaki dâdah jenis methamphetamine. Jumlah rampasan adalah seberat 3.36 kilogram bernilai RM217,860,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dâdah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gảntung mandatori jika sabit kesalahan. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 36 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0