http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/1-11.png
in

KANAK-KANAK PEREMPUAN BONCENG MOTOSIKAL BAPA MAUT

KANAK-KANAK PEREMPUAN BONCENG MOTOSIKAL BAPA MAUT

KLUANG 061120 – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas motosikal bapanya dilanggar sebuah kereta berhampiran Bulatan Batu Pahat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kejadian pukul 11.51 pagi, mangsa, Nur Syafiah Munirah Zulnawarin, 7, yang membonceng dan ayahnya, Zulnawarin Sarman, 49, yang menunggang motosikal cedera parah.

“Kemalangan berlaku apabila kereta tersebut dipercayai dari arah bulatan dan menghala ke Jalan Besar, manakala motosikal itu dari arah Jalan Besar menuju ke Jalan Tasik.

“Kereta itu dipercayai telah melanggar bahagian kanan motosikal dan mengakibatkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Nur Syafiah kemudian dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) di sini namun meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 1.45 petang.

Beliau memberitahu, bapanya pula masih berada di zon kuning Unit Kecemasan HEBHK.

Menurutnya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kenderaan yang terlibat ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 32 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0