in

JOHOR SYOR PERLAKSANAAN PKPB BERSASAR

http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/1-30.png

JOHOR SYOR PERLAKSANAAN PKPB BERSASAR

JOHOR BAHRU 101120 – Kerajaan negeri mengesyorkan kepada kerajaan Pusat supaya perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor yang bermula semalam dilaksanakan secara bersasar.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad berkata, perkara itu amat penting supaya perlaksanaannya tidak menjejaskan ekonomi dan aktiviti rakyat di kawasan yang mempunyai jangkitan rendah.

Beliau mengesyorkan, PKPB hanya dikuatkuasakan di kawasan atau daerah Zon Merah yang mempunyai jangkitan tinggi, dan bukannya di seluruh negeri seperti yang dilaksanakan sekarang.

“Kerajaan Negeri Johor turut menyarankan SOP khusus kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembukaan skim ketiga selepas Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), iaitu Daily Commuting Arrangement (DCA) dengan pihak Singapura.

“Meskipun kuasa penuh pembukaan sempadan kedua-dua buah negara adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri telah bersedia dengan kapasiti yang sepatutnya, bagi menjayakan Daily Commuting Arrangement (DCA) seperti yang telah diutarakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasni memberitahu, cadangan tersebut hasil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

“Pembukaan skim ketiga ini amatlah penting bagi memudahkan lagi pergerakan rakyat Malaysia yang masih berada di Singapura sejak bermulanya penutupan sempadan Malaysia dan Singapura, lapan bulan yang lalu,” ujarnya.

Tambahnya, mesyuarat hari ini turut mencadangkan supaya tempoh kuarantin bagi rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air (yang bukan di bawah kategori PCA) untuk hanya menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari, di pusat kuarantin dan rumah masing-masing.

“Semoga saranan-saranan daripada Kerajaan Negeri Johor ini dipertimbangkan dengan kadar segera oleh Kerajaan Persekutuan, demi kebaikan dan kesejahteraan bersama,” katanya. – JT

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/2618275885102103/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/2784217848504863/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/3494940183955382/

(Visited 47 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0