http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/5-3-1200x675.png
in

JOHOR CATAT PENURUNAN KES DENGGI

JOHOR CATAT PENURUNAN KES DENGGI

JOHOR BAHRU 041120 – Kes denggi di Johor menurun pada minggu ini yang mencatat 193 kes berbanding 208 kes pada minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, statistik itu menunjukkan pengurangan sebanyak 7.2 peratus.

“Sebanyak 99 kes pada minggu ini dicatatkan di kawasan lokaliti wabak dan 94 kes berpunca dari kawasan bukan lokaliti wabak.

“Daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Johor Bahru sebanyak 159 kes iaitu 82.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Ini diikuti daerah Kulai (12 kes), Batu Pahat (5 kes), Kota Tinggi (5 kes), Tangkak (3 kes), Mersing (2 kes), Segamat (2 kes), Muar (2 kes), Pontian (2 kes) dan Kluang (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Beliau berkata, minggu ini juga menyaksikan tiada kes kematian akibat demam denggi direkodkan.

Dalam pada itu katanya, daerah yang mencatatkan peningkatan kes berbanding minggu lalu adalah Muar, Kota Tinggi dan Mersing.

“Sehubungan itu masyarakat diminta untuk meneruskan operasi pembersihan kawasan kediaman masing-masing bagi menghapuskan ancaman demam denggi,” katanya. – JT

(Visited 41 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0