http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/3-2-1200x675.png
in

HARGA VAKSIN COVAX LEBIH RM80

HARGA VAKSIN COVAX LEBIH RM80

KUALA LUMPUR 041120 – Harga maksimum yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX ketika ini adalah AS$21 (RM87.60) bagi setiap satu vaksin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata rundingan dengan COVAX mengenai proses perolehan vaksin kini berada di peringkat terakhir.

Perbincangan yang turut membabitkan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Peguam Negara itu sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam COVAX.

“Kita harap dapat tandatangani COVAX dalam waktu terdekat. Cuma ingin dijelaskan bahawa COVAX hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin COVID-19.

“Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini. – BH

(Visited 47 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0