http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/1-23.png
in

ENAM BERANAK NYARIS RENTUNG DALAM KEBAKARAN

ENAM BERANAK NYARIS RENTUNG DALAM KEBAKARAN

PONTIAN 091120 – Enam beranak nyaris rentung apabila rumah mereka di Kampung Sri Dungun, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Kebakaran pukul 6 pagi itu mengakibatkan lima buah rumah penduduk musnah, namun tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Seorang mangsa, Sahar Othman, 56, berkata, ketika kejadian dia, isteri, dua anak, dua cucu berusia 11 dan sembilan tahun sedang tidur.

“Kebakaran disedari selepas saya terhidu bau asap dan melihat api sudah membakar sebuah bilik di rumah kami.

“Saya kejutkan isteri, anak-anak dan cucu-cucu keluar dari rumah, mujur mereka sempat keluar tanpa mengalami kecederaan. Saya bimbang memandangkan rumah ini dibina daripada kayu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.24 pagi.

Katanya, 21 anggota dari BBP Pontian, BBP Pontian Baru dan Fire Pos Benut dibantu empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Dalam kejadian ini lima buah rumah terbakar melibatkan lima buah keluarga, semuanya berjumlah 21 orang berada dalam keadaan selamat.

“Operasi memadam kebakaran tamat pada pukul 8.35 pagi. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 46 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0