http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/1-1.jpg
in

EMPAT CHALET DI PULAU AUR TERBAKAR

EMPAT CHALET DI PULAU AUR TERBAKAR

MERSING 061120 – Empat buah chalet di Pulau Aur dekat sini musnah dalam satu kebakaran semalam.

Kejadian pada pukul 1.28 tengah hari itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana ketika itu tiada penghuni.

Penduduk kampung pulau itu berusaha memadam dan mengawal kebakaran mengunakan alat pemadam api dan air laut sebelum menghubungi bomba.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dihantar ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Azhari Awi berkata, pihaknya turut membawa satu unit portable pump dengan menaiki bot polis marin untuk ke Pulau Aur.

“Kebakaran melibatkan tiga chalet jenis separuh kekal yang setiap sebuah mempunyai dua pintu berkeluasan 20kakix20kakix10 kaki setiap unit.

“Sebuah unit lagi berkeluasan 40kakix20kakix20kaki yang dijadikan sebagai rumah pekerja dan dewan serbaguna turut terbakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihak bomba juga menggunakan air laut semasa memadam kebakaran dan keempat-empat chalet tersebut terbakar 90 peratus.

Katanya, operasi tersebut tamat pada pukul 6.15 petang, punca kebakaran dan nilai kerugiaan masih dalam siasatan. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 34 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0