in

ELAUN EXCO, ADUN KELANTAN NAIK RM3,000 -RM5,00O

http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/1-28.png

ELAUN EXCO, ADUN KELANTAN NAIK RM3,000 -RM5,00O

KOTA BHARU 091120 – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini, sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Negeri Pindaan 2020.

RUU itu dicadangkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.

Ketika membentangkan cadangan itu, Mohd Amar berkata, pindaan terbabit dikemukakan berikutan keadaan semakin mencabar dalam pelaksanaan tugas anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kini.

Selain itu, beliau berkata, ia sebagai pelarasan elaun terbabit antara Kelantan dengan negeri lain.

“Tugas anggota pentadbiran dan ADUN kini semakin berat serta membawa harapan tinggi daripada rakyat, terutama ketika berdepan wabak COVID-19.

“Oleh itu, kerajaan mencadangkan pindaan dibuat terhadap RUU berkenaan.

“Diharapkan pindaan ini akan mendorong anggota pentadbiran dan ahli Yang Berhormat untuk bekerja dengan lebih gigih serta membantu berkhidmat kepada orang ramai pada tahap maksimum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob, kemudian memberi laluan untuk cadangan itu dibahaskan tetapi tiada wakil rakyat yang berbuat demikian, sekali gus menyaksikan ia diluluskan dengan sebulat suara.

RUU itu bagaimanapun tidak menyebut jumlah kenaikan yang akan diperoleh mereka.

Media sebelum ini melaporkan EXCO dan ADUN di Kelantan akan menikmati kenaikan gaji pokok sekitar RM3,000 hingga RM5,000 jika RUU Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Negeri Pindaan 2020 diluluskan. – BH

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/196276868726456/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/204853614433074/

https://www.facebook.com/johortimes.my/videos/2618275885102103/

(Visited 54 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0