http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/6-5.png
in

CEROBOH PERAIRAN, MARITIM USIR BOT NELAYAN INDONESIA

CEROBOH PERAIRAN, MARITIM USIR BOT NELAYAN INDONESIA

BATU PAHAT 081120 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor mengusir sebuah bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara pada kedudukan 14.8 batu barat daya Tanjung Labuh di sini semalam.

Kehadiran bot dengan 28 kru itu dikesan Bot Benteng Zon Maritim Batu Pahat pada pukul 5 petang semasa pihak maritim melakukan Ops Benteng dan Ops Jaksa.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot maritim merapat ke arah bot nelayan Indonesia tersebut dan mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

“Ini kerana bot berwarna hijau-biru itu didapati melepasi satu batu nautika daripada garis sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan telah diiring serta diusir keluar hingga ke sempadan perairan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Hizam berkata, ini merupakan pengusiran pertama dilakukan APMM Johor setelah arahan penahanan ditangguhkan sementara berikutan langkah pencegahan penularan koronavirus (Covid-19) oleh warga asing.

Katanya, APMM Johor komited dalam menggalas tugas dan tanggungjawab walaupun cabaran keadaan cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun.

Menurutnya, ini bagi memastikan tiada pencerobohan bot nelayan asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke perairan negara bagi menghentikan pendemik yang melanda negara terutama di Johor.

Sebarang aduan jenayah maritim atau pencerobohan PATI di perairan Johor, orang ramai segera hubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor 07-219 9404 atau talian hotline 24 jam National Task Force (NTF) 011-62511223. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 24 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0