http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/Untitled-3-5-1200x675.png
in

CARUMAN SYER PEKERJA DIKURANGKAN MENJADI 9%

CARUMAN SYER PEKERJA DIKURANGKAN MENJADI 9%

KUALA LUMPUR 291120 – Kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus bagi tahun 2021.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berkata kadar caruman baharu ini terpakai untuk pekerja berusia di bawah 60 tahun yang wajib mencarum, namun bagi pekerja yang berumur 60 tahun ke atas, ia kekal pada kadar sama.

“Kadar ini akan berkuat kuasa bagi tempoh satu tahun dan merangkumi upah pekerja bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah pekerja bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022).

Ahli juga masih boleh memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021), yang boleh dimuat turun daripada laman web www.kwsp.gov.my mulai 1 Disember ini,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, KWSP berkata, borang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk didaftarkan secara dalam talian melalui kemudahan i-Akaun (Majikan) mulai 14 Disember ini.

“Borang yang diterima daripada pekerja hendaklah disimpan sebagai rekod majikan.

“Ahli boleh merujuk laman sesawang KWSP atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 49 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0