in

BENGKEL, 2 KERETA MUSNAH DALAM KEBAKARAN

http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/1-10.png

BENGKEL, 2 KERETA MUSNAH DALAM KEBAKARAN

TANGKAK 051120 – Sebuah bengkel dan dua kereta musnah dalam satu kebakaran di Taman Sri Tangkak di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 9.20 malam di bengel dua tingkat itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, mereka turut dibantu Satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) dan tiga Rapid Intervention Motorcycle (RIM).

“Kebakaran melibatkan sebuah bengkel dua tingkat jenis kekal berkeluasan 20×70 kaki di bahagian tingkat bawah. Kebakaran turut melibatkan kereta Proton Iswara dan Perodua Kancil.

“Kebakaran dapat dikawal dalam tempoh tidak sampai satu jam. Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi tamat pukul 10.33 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 61 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0