http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/Untitled-5-1200x675.png
in

40 TOKAN BEKAL DADAH KEPADA PELAJAR JOHOR

40 TOKAN BEKAL DADAH KEPADA PELAJAR JOHOR

JOHOR BAHRU 201120 – Polis Johor mengesan 40 tokan dadah yang membekalkan bahan terlarang itu kepada pelajar sekolah di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka dikesan melalui temu bual dengan 124 daripada 177 pelajar yang didapati positif dadah menerusi ujian air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor.

Katanya, dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pada 29 September hingga 8 Oktober lalu, 21 suspek yang dipercayai pembekal dadah kepada pelajar ditahan di beberapa kawasan di negeri ini.

“Seramai 21 yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun. Tiga tangkapan disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, enam di bawah Seksyen 39A (1); 10 di bawah Seksyen 15(1)(A) dan dua di bawah Seksyen 39C akta sama.

“Kita sedang mengesan baki 19 pembekal dadah, yang memerlukan siasatan lanjut kerana maklumat yang diberikan terlalu umum dan tidak tepat.

“Modus operandi tokan secara kecil-kecilan ini ialah mereka akan merekrut pelajar sekolah dengan pada peringkat awal dadah diberi secara percuma.

“Apabila pelajar terbabit dapat pelajar baharu untuk mencuba dadah, pelajar yang memperkenalkan itu akan diberi imbuhan sama ada dalam bentuk dadah atau wang,” katanya pada majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) antara Senior Asisten Komisioner (SAC) Razimi Ahmad dengan SAC Alzafny Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, antara dadah yang popular digunakan dalam kalangan pelajar sekolah adalah ganja.

“Ini kerana ganja lebih murah, senang dibawa dan digunakan dan harga sepaket RM40,” katanya.

Katanya, lima lelaki berusia antara 17 hingga 19 tahun di sekitar Taman Permainan Bandar Putra Kulai, semalam oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Tiga daripada mereka adalah pelajar sekolah dan hasil pemeriksaan menjumpai ganja seberat 3.29 gram bernilai RM164.

“Hasil soal siasat terhadap tiga pelajar ini, kita menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan pembekal dadah kepada pelajar terbabit,” katanya. – BH

(Visited 64 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0