http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/Untitled-8-4-1200x675.png
in

3 TERMASUK SEORANG DATUK DITAHAN TERLIBAT SINDIKET PENIPUAN PELABURAN

3 TERMASUK SEORANG DATUK DITAHAN TERLIBAT SINDIKET PENIPUAN PELABURAN

Oleh Abu Hanifah Muhamad

JOHOR BAHRU 261120 – Tiga lelaki termasuk seorang bergelar Datuk ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan tidak wujud, sindiket pelaburan Forex dan mata wang digital kripto
dalam serbuan di Taman Sri Kluang, Kluang, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan pada jam 9 malam itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 27 hingga 40 tahun.

“Suspek utama, 40, baru sahaja mendapat gelaran Datuk dari sebuah negeri awal bulan ini. Siasatan awal mendapati sindiket ini terlibat memperdayakan orang ramai untuk melabur dalam urus niaga Forex dan mata wang digital dengan menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh masa singkat.

“Sasaran mereka adalah pelabur di negara ini termasuk beberapa warga asing seperti dari China, Singapura, Brunei dan beberapa negara lain,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, polis merampas 10 utas jam tangan berjenama Rolex, dua utas jam tangan jenamaa Hublot, enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, 16 keping kad visa pelbagai bank dan 22 kepingan emas.

Turut dirampas wang ringgit Malaysia berjumlah RM2.17 juta, matawang asing dianggarkan berjumlah RM1.4 juta dan buah kereta mewah dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM4.6 juta.

Ayob Khan berkata, kegiatan sindiket itu yang sudah beroperasi sejak tìga tahun lalu dapat dihidu susulan hasil maklumat yang disalurkan orang awam.

Pihaknya sedang mengenal pasti dan mengesan mangsa terlibat dalam pelaburan berkenaan serta ahli sindiket yang masih bebas.

“Kita sedang menyiasat syarikat utama yang terlibat kerana siasatan masih di peringkat awal. Serbuan hanya dibuat semalam, dan perlukan masa yang lebih lama untuk membuat semakan dengan Bank Negara dan sebagainya.

“Ketiga-tiga suspek yang ditahan itu tidak dapat menjelaskan dari mana datangnya wang tunai sebanyak itu di rumah berkenaan,” katanya.

Pihaknya sedang menunggu laporan daripada mangsa bagi memudahkan polis untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap sindiket terbabit.

“Suspek utama berpangkat Datuk itu ada laporan polis terhadapnya tetapi pengadu itu kemudiannya telah menarik balik laporan polis berkenaan.

“Kita percaya ramai individu yang menjadi mangsa penipuan pelaburan berkenaan tapi mereka tak datang membuat laporan. Harap mangsa tampil buat laporan supaya senang kita jalankan siasatan lanjut,” katanya.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pelaburan itu boleh tampil mẹmbuat laporan.

Kesemua suspek ujarnya, itahan reman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan. – JT

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 92 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0