http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/Untitled-1-8-1200x675.png
in

3 KEUTAMAAN APEC – MUHYIDDIN

3 KEUTAMAAN APEC – MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR 191120 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tiga keutamaan untuk dijadikan panduan oleh negara anggota gagasan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam menuju ke hadapan khususnya ketika dunia sedang berdepan penularan pandemik COVID-19.

Menyampaikan ucaptama pada pembukaan Dialog CEO APEC 2020 secara maya di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata, keutamaan atau prioriti pertama dan yang paling penting ialah negara anggota mengukuhkan kembali sokongan dan komitmen terhadap peraturan bagi sistem multi perdagangan.

“Ini adalah amat penting buat perniagaan memandangkan kebolehramalan dan kestabilan pasaran adalah tonggak utama yang memastikan pelaburan perdagangan terus berjalan biarpun sewaktu krisis.

“Prioriti kedua mengukuhkan ekonomi digital dengan terdapat keperluan mendesak untuk mencipta pekerjaan dan mengembalikan pekerja ke pasaran pekerjaan.

“Yang terakhir ialah pertumbuhan ekonomi yang inklusif yang mana ingin saya tekankan bahawa pemulihan ekonomi dan seterusnya pertumbuhan perlu memastikan tiada sesiapa pun akan ketinggalan,” katanya. – BH

(Visited 42 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0