in

15 MANGSA BANJIR KILAT DIPINDAHKAN KE PPS

http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/11/a111-12.png

15 MANGSA BANJIR KILAT DIPINDAHKAN KE PPS

KOTA TINGGI 301020 – Hujan lebat selama beberapa jam mengakibatkan banjir kilat di Kampung Bukit Raja, Pengerang dekat sini hari ini.

Banjir kilat yang berlaku kira-kira pukul 4 petang mengakibatkan air naik setinggi satu kaki mengakibatkan beberapa rumah terjejas.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dihantar ke lokasi.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Khairul Sufian Dahari berkata, pihaknya memindahkan mangsa yang terperangkap di kediaman ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia.

“Setakat pukul 7 petang tadi seramai 15 mangsa ditempatkan di PPS tersebut melibatkan enam lelaki dewasa, enam wanita dewasa, seorang lelaki warga emas, seorang wanita warga emas dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Operasi masih dijalankan sehingga kini dan pemantauan terus dilakukan di kampung itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – JT

(Visited 90 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0