WUJUDKAN PELAN JANGKA SEDERHANA-PANJANG – PM

WUJUDKAN PELAN JANGKA SEDERHANA-PANJANG – PM

KUALA LUMPUR 241020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan keperluan mewujudkan Pelan Jangka Masa Sederhana-Panjang dengan lebih terperinci, bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, pelan berkenaan juga amat penting dalam menangani keresahan rakyat.

Katanya, kerajaan menyedari keresahan rakyat dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

“Senario ini menyebabkan kebergantungan kepada kerajaan semakin tinggi,” katanya ketika mempengerusikan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID-19.

Perdana Menteri berkata, senario menguruskan COVID-19 ketika ini sudah berubah, justeru semua ahli mesyuarat perlu lebih fokus dalam memerangi pandemik itu.

“Kita perlu membuktikan bahawa pada tahap ini, Malaysia pasti akan menang melawan COVID-19.

“Ahli mesyuarat supaya lebih teliti dalam membuat keputusan untuk menguruskan COVID-19 dengan lebih berkesan,” katanya.

Muhyiddin juga berkata, setiap keputusan yang dibuat mestilah difahami manfaat, risiko dan kesannya kepada kesihatan dan ekonomi rakyat.

Mesyuarat harian MKN secara sidang video diadakan sejak 7 Oktober lalu.

Malaysia mencatatkan 710 kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah terkumpul 24,514 kes. Terdapat 10 kematian direkodkan semalam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 214 kes. – BH

(Visited 13 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: