UMNO JOHOR TIDAK SETUJU PARLIMEN, DUN DIBUBARKAN

UMNO JOHOR TIDAK SETUJU PARLIMEN, DUN DIBUBARKAN

JOHOR BAHRU 251020 – Badan Perhubungan UMNO Johor tidak bersetuju Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan selagi pandemik COVID-19 belum diatasi dan aktiviti ekonomi masih dalam keadaan perlahan.

Justeru, Pengerusinya, Datuk Ir. Hasni Mohammad meminta penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan terhadap penggunaan peruntukan Artikel 150 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai sebuah parti, UMNO Johor mendesak Kerajaan Negeri memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar untuk kebajikan rakyat. Terutama sekali dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum selesai ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, petang semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, UMNO Johor juga akan menjalankan kajian terperinci untuk mendapatkan gambaran atau mengukur sokongan sebenar rakyat terhadap UMNO.

“UMNO Johor juga tidak akan berkompromi dengan sebarang kelemahan prestasi wakil-wakil rakyat,” tegasnya. – JT

(Visited 30 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: