TERBABAS MASUK GAUNG, WANITA TERSEPIT – @bombaJBPM

TERBABAS MASUK GAUNG, WANITA TERSEPIT – @bombaJBPM

KLUANG – Seorang wanita cedera dan tersepit di tempat duduk pemandu selepas terlibat kemalangan di Felda Kahang Timur Barat, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.19 pagi, Rosnah Othman, 49, cedera selepas pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam gaung sedalam 20 kaki di tepi jalan berkenaan.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan dua jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasinya, Penolong Bomba Kanan II Affendi Mustafar, dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) turut datang membantu mengeluarkan mangsa yang memandu seorang diri.

“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada ambulans dari Klinik Kesihatan Kahang Timur.

“Mangsa dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, operasi tamat pukul 7.58 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – JT

(Visited 17 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: