in

TALIAN CELCOM ALAMI MASALAH TEKNIKAL, PENGGUNA MERUNGUT

TALIAN CELCOM ALAMI MASALAH TEKNIKAL, PENGGUNA MERUNGUT

Pengguna Celcom di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan membuat panggilan berikutan masalah teknikal, hari ini.

Celcom dalam kenyataannya, berkata pihak sedang berusaha memperbaikinya dan mengembalikan perkhidmatan dengan segera.

“Pengguna di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan panggilan yang disebabkan masalah teknikal.

“Pasukan teknikal kami sedang sedaya upaya memperbaiki masalah dan akan segera mengembalikan perkhidmatan secepat mungkin,” katanya Celcom menerusi ciapan Twitter.

Sejak jam 3 petang tadi, pengguna Celcom menghadapi masalah untuk mengakses rangkaian seperti tidak dapat membuat panggilan telefon dan menggunakan data internet.

(Visited 49 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0