TAK MAMPU GANTI BUMBUNG RUMAH BOCOR

TAK MAMPU GANTI BUMBUNG RUMAH BOCOR

PONTIAN 251020 – Seorang warga emas hidup dalam kebimbangan berikutan bumbung rumahnya yang bocor tidak diganti berikutan tidak berkemampuan membaik pulih segala kerosakan kerana kesempitan hidup.

Mohd. Modek Lakasek, 73, dan isteri, Saenah Nikmat, 80, yang menetap di Kampung Sungai Pinggan, Benut di sini juga berdepan masalah dinding rumah yang semakin mereput dan berlubang.

Mereka terpaksa menadah besen setiap kali hujan lebat sudah tidak terkira malah menjadi kebiasaan, malah kadang-kadang cemas apabila angin kencang kerana bimbang atap akan tercabut.

“Setiap kali hujan, saya dan isteri akan menyediakan besen untuk tadah air hujan yang menitik laju masuk melalui bumbung yang bocor.

“Paling teruk bocor di bahagian depan dan dapur. Bila hujan kami tidak dapat lelap mata,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menerima kunjungan pertubuhan bukan kerjaan (NGO), Volunteer Pasir Gudang pada hari ini.

Dia berkata, bukan sahaja atap bocor tetapi dinding rumah papan mereka juga tidak sempurna sekali gus menjadikan keadaan bertambah sejuk setiap kali angin kencang atau hujan lebat.

Menurutnya, Saenah menghidap kencing manis dan masalah rabun yang serius sejak beberapa tahun lalu.

Mereka hanya hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM350 sebulan.

warga emas itu berkata, dia sudah tidak larat bekerja dan menghidap asma dan turut bergantung dengan makan minum disumbangkan penduduk kampung yang simpati dengan mereka.

Walaupun rumah itu daif, dia berkata, kediaman tersebut cukup istimewa buat dirinya dan keadaan bocor serta suasana rumah yang membahang ketika cuaca panas sudah menjadi tegal biasa buat mereka.

Dalam pada itu, Presiden Volunteer Pasir Gudang, Nurul Ain Zakaria berkata, pasangan tersebut memerlukan susu anlene untuk Saenah selain barang-barang dapur bagi meringankan beban mereka.

“Sekiranya ada kontraktor yang ingin membantu membaik pulih rumah pasangan ini amat dialu-alukan,” katanya dan memberitahu, mereka yang ingin membantu boleh menghubungi 0193860164 (Modek) atau sumbangan ke akaun BSN Modek 01122-41-00000961-5.- JT

(Visited 21 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: