SULTAN JOHOR HARAP MESYUARAT KHAS DIRAHMATI ALLAH

SULTAN JOHOR HARAP MESYUARAT KHAS DIRAHMATI ALLAH

JOHOR BAHRU 251020 – Sultan Johor berangkat ke Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), tengah hari ini.

Baginda berharap supaya mesyuarat khas tersebut diberkati dan dirahmati Allah demi kebaikan semua.

“Pada hari ini saya berangkat ke Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu. Doakan perjalanan saya mendapat restu daripada Allah S.W.T.,”
titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Raja-raja Melayu akan mengadakan pertemuan khas di Istana Negara pada petang ini bagi membincangkan cadangan yang dikemukan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada pertemuan itu Raja-raja Melayu memperincikan segala syor dibentangkan Perdana Menteri ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, kelmarin.

Spekulasi bertiup kencang sebelum ini bahawa pengisytiharan darurat akan diumum kerajaan jika mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
bagi menangani penularan COVID-19 yang merekodkan peningkatan kes sejak seminggu lalu selain meredakan ketegangan politik. – JT

Gambar: ihsan RPO

(Visited 32 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: