SEMUA PULAU SELAMAT DIKUNJUNGI

SEMUA PULAU SELAMAT DIKUNJUNGI

Oleh Abu Hanifah Muhamad

MERSING – Pulau-pulau di negara ini selamat dikunjungi kerana semuanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghappar berkata, pengunjung tidak perlu bimbang kerana semua hotel dan resort mematuhi semua arahan keselamatan dan kesihatan.

“Pihak pengurusan hotel dan resort akan memastikan penjarakan fizikal sewajarnya antara tetamu atau pelanggan mereka serta menyediakan pendaftaran secara kod QR aplikasi MySejahtera atau secara buku log.

“Begitu juga mengambil suhu badan untuk saringan kesihatan selain menyediakan cecair pembasmi kuman. Semua pekerja dan tetamu perlu menggunakan pelitup muka yang sesuai sepanjang masa,” katanya selepas melakukan pemeriksaan SOP di Shaz Resort Sdn Bhd, Pulau Tinggi, di sini semalam.

Turut mengiringi beliau, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Solehuddin Ahmad dan Timbalan Pengarah Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Abdul Rahim Harun.

Dr. Ammar berkata, sektor pelancongan terutamanya hotel dan resort dalam proses untuk pulih selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan yang membenarkan pergerakan pelancong domestik.

Keadaan itu akan membolehkan perkembangan sektor pelancongan meningkat dan pertumbuhan positif kepada ekonomi negara.

Sementara itu, Solehuddin berkata, kerajaan negeri mewujudkan Johor Tourism Safaety Standard (JTSS) baru-baru ini untuk SOP sama yang akan diguna pakai hotel, resort dan semua rumah penginapan di negeri ni.

Menurutnya, JTSS merupakan sebuah jawatankuasa khas menyelaraskan semua SOP supaya tidak ada kekeliruan kerana sebelum ini terdapat hotel, resort dan inap desa di beberapa daerah mempunyai SOP berbeza. – JT

(Visited 6 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: