SCAM ALERT: SINDIKET PELABURAN SAHAM ‘PULANGAN TINGGI’ TUMPAS – @PDRMsia

SCAM ALERT: SINDIKET PELABURAN SAHAM ‘PULANGAN TINGGI’ TUMPAS – @PDRMsia

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2020 – Sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian yang kononnya menawarkan “pulangan tinggi” tumpas apabila 12 individu warga China diberkas dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada 23 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata semua individu berusia antara 23 tahun hingga 37 tahun itu disyaki terbabit dengan kegiatan penipuan itu.

“Hasil siasatan yang dijalankan sejak 5 bulan lalu, sindiket yang beroperasi sejak Sept 2019 ini kerap berpindah dengan menjadikan kondominium dan hotel mewah di sekitar Kuala Lumpur sebagai pusat akitiviti.

“Sindiket berkenaan menyasarkan warga China kerana urus niaga dilaksanakan sesama mereka secara maya menerusi aplikasi WeChat Pay/Alipay tanpa perlu bersemuka,” katanya hari ini.

Dalam serbuan itu, polis merampas 7 set komputer, 125 unit telefon bimbit serta wang tunai berjumlah hampir RM28,091 serta mata wang Macau berjumlah 100.

Beliau berkata, ahli sindiket dilatih untuk mempengaruhi pelabur dan meyakinkan mereka untuk membuat pelaburan berskala besar, di mana 40% daripada keuntungan saham pelabur diminta dimasukkan ke dalam akaun dana hujung tahun.

“Ini menyebabkan ketua sindiket mampu membayar gaji tinggi antara RM2,500 hingga RM4,000 sebulan serta membayar hotel dan kondo mewah antara RM9,000 hingga RM13,000 sebulan.

“Bagaimanapun, urusan berkaitan sindiket ini bawah kawalan seorang lelaki Cina warga tempatan yang masih diburu pihak polis,” katanya.

Semua individu berkenaan dikesan masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong.

Tangkapan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen.

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

(Visited 44 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: