REMAJA LELAKI LEMAS KETIKA MENJALA DI SUNGAI

REMAJA LELAKI LEMAS KETIKA MENJALA DI SUNGAI

KOTA TINGGI 251020 – Seorang remaja lelaki lemas semasa menjala ikan di Sungai Linggiu, Felda Linggiu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.20 pagi, Reyroieno Leo Anak Rosita, 14, menjala ikan bersama-sama keluarganya sebelum dikatakan terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyalamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan
Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, operasi pencarian mangsa dilakukan anggota Pasukan Mencari dan
Menyelamat di Air (PPDA) di sekitar kawasan mangsa lemas.

“Mangsa dijumpai kira-kira 2 meter dari tempat lemas pada kedalaman tujuh meter. Remaja lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat
kejadian oleh Pegawai Perubatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, operasi tamat pada pukul 5.35 petang. – JT

(Visited 30 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: