REMAJA CEDERA PARAH, MOTOSIKAL TERBAKAR

REMAJA CEDERA PARAH, MOTOSIKAL TERBAKAR

KULAI – Seorang cedera parah manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan motosikal dan sebuah kereta sebelum terbakar di Jalan Merak, Bandar Putra di sini semalam.

Kejadian pada pukul 6.40 petang itu melibatkan Muhamad Azri Fauzan Jamiluddin, 17, yang menunggang Honda Wave bertembung dengan Perodua Viva dipandu Rosmi Onggoris, 47.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Putra Kulai, Penguasa Bomba Mohd Aidil Misnan berkata, kemalangan itu menyebabkan motosikal terbakar sebelum orang ramai meminta bantuan pihak bomba.

“Seramai 10 anggota BBP Bandar Putra Kulai dikejarkan ke tempat kejadian dibantu sebuah jentera Fire Rescua Team (FRT).

“Semasa tiba motosikal berkenaan sudah 90 peratus terbakar. Kita bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu daripada air tangki pam jentera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, remaja lelaki itu dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambah beliau, pemandu wanita berkenaan pula cedera ringan dan operasi selesai pada pukul 7.23 petang. – JT

(Visited 7 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: