@POLISJOHOR TERIMA 17 LAPORAN BERKAITAN AJARAN SESAT HIZBUT TAHRIR

POLIS TERIMA 17 LAPORAN BERKAITAN AJARAN SESAT HIZBUT TAHRIR

JOHOR BAHRU – Polis mengesan 80 pengikut fahaman Hizbut Tahrir di Johor yang terdiri daripada golongan profesional dan penuntut universiti awam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan perkara tersebut secara terperinci terutamanya melibatkan ahli akademik kanan yang terlibat namun pihaknya sedang memantau isu itu.

Setakat ini pihaknya menerima 17 laporan berhubung kes fahaman Hizbut Tahrir di negeri ini.

“Kita beri amaran keras kepada fahaman itu supaya tidak bertindak melangkaui garisan keselamatan sehingga mengganggu-gugat keharmonian Johor khususnya.

“Mereka yang ditangkap boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) jika berbuat demikian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Semalam Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bersama-sama Jabatan Mufti Johor memaklumkan pihak mereka menolak sekeras-kerasnya fahaman Hizbut Tahrir yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara fahaman golongan itu termasuk harus mencium wanita bukan mahram tanpa maksud zina serta menonton video lucah.

Ayub Khan berkata, walaupun isu itu berkaitan isu fatwa yang dibuat di JAIJ, polis memantau aktiviti mereka kerana jika melangkaui garisan keselamatan polis akan mengambil tindakan. – JT

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: