PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN DITANGGUH

PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN DITANGGUH

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau diarahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar memaklumkan bahawa semua Mesyuarat/Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian mestilah ditangguhkan serta merta.

Katanya, Menteri Kanan (Keselamatan), DS Ismail Sabri Yaakob juga berpandangan yang sama.

Beliau berkata penangguhan ini disebabkan kes Covid-19 yang mencecah kepada 260 pada hari ini, kedua tertinggi sejak penularan.

“Kita tidak boleh mengambil risiko dan kita tidak mahu UMNO dipersalahkan.

“Penangguhan ini adalah sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Arahan ini mestilah dipatuhi,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: