PERANTAU DI SINGAPURA BOLEH MOHON DISKAUN

PERANTAU DI SINGAPURA BOLEH MOHON DISKAUN

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Singapura yang ingin pulang ke tanah air dan tidak mampu untuk menampung kos untuk ujian calitan atau kuarantin wajib, boleh membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana ‘kuasa’ untuk menentukan sama ada kos berkenaan boleh dikurangkan atau sebaliknya tertakluk kepada pertimbangan menteri kesihatan.

“Kuasa pengurangan hanya ada pada menteri kesihatan. Kalau tak mampu boleh buat permohonan.

“Ditetapkan golongan B40 boleh buat permohonan pengecualian. Mereka tergolong OKU (Orang Kelainan Upaya) pun boleh memohon pengecualian bayaran.

“Yang mana rasa terlalu berat, boleh memohon pengurangan daripada menteri kesihatan kerana di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) boleh buat pengurangan,” katanya pada sidang media harian, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan kos untuk ujian calitan dan kuarantin tidak dibezakan mengikut golongan tertentu dan ia sama sahaja di Malaysia mahupun Singapura.

“Rakyat Malaysia yang balik (ke negara ini perlu) menjalani swab test (ujian calitan) dan kuarantin wajib, mereka perlu swab (dicalit) di pintu masuk iaitu di Malaysia. Jadi, kos kuarantin dan swab test sama sahaja di tempat lain.

“Saya dimaklumkan kos di Singapura sama dengan kos di tempat lain. Sama sahaja (kos) kuarantin iaitu harga hotel RM150 di seluruh negara.

“Tidak beza-bezakan siapa yang balik. Bagaimanapun, insya Allah kalau ada sebarang pengurangan itu akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan dari segi pengurangan kos hotel,” katanya. – BH

(Visited 27 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: