PEMIMPIN ISLAM LEBIH BANYAK BERKELAHI, BEREBUT JAWATAN – HADI

PEMIMPIN ISLAM LEBIH BANYAK BERKELAHI, BEREBUT JAWATAN – HADI

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik sikap umat Islam dan pemimpin Islam yang dilihat seperti hilang jati diri dan hanya memikirkan kepentingan diri.

Tanpa menamakan mana-mana individu atau pemimpin parti terbabit, Ahli Parlimen Marang itu berkata, mereka hanya leka mencari makan dan minum untuk mengisi perut serta tempat tinggal selesa.

Malah Hadi turut kesal apabila ada kalangan pemimpin Islam pada hari ini juga dilihat lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan di antara mereka sehingga berpolitik atas kepentingan diri semata-mata.

“Hari ini umat Islam hilang jati diri, mereka hanya leka mencari makan dan minum untuk mengisi perut serta tempat tinggal yang selesa.

“Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri,” ciapnya di laman Twitternya hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, ada juga yang termakan dengan fahaman penjajah yang mengajar semua politik itu kotor supaya urusan politik diserahkan kepada penjajah.

Katanya, kini umat Islam dipaksa menyerah kalah sehingga kehilangan kuasa, lalu kekuasaan itu dirampas oleh penjajah dan pihak asing.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam dan pemimpin Islam agar kembali kepada kebenaran dengan beristiqamah bersama Islam yang berdaulat kerana kemuliaan manusia dan bangsa hanyalah bersama Islam.

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: