PATI WANITA TERPERANGKAP DALAM SELUT DI PANTAI

PATI WANITA TERPERANGKAP DALAM SELUT DI PANTAI

KOTA TINGGI – Seorang wanita dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) terperangkap dalam selut di pinggir pantai depan Sekolah

Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia, Pengerang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.02 pagi, PATI berkenaan tidak mampu keluar dari selut sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit

datang membantu.

Ketua Operasi dari BBP tersebut, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Nazri Wahab berkata,lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat

(BBP) Sungai Rengit dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Utiliti Toyota Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mangsa iaitu seorang wanita berusia 35 tahun berjaya diselamatkan sebelum dibawa naik ke daratan.

“Ketika kejadian mangsa bersendirian dan disyaki PATI dari Indonesia berdasarkan tutur percakapan mangsa. Kita tidak tahu untuk apa

wanita berkenaan berada di pinggir pantai itu pada awal pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tersebut tamat pada pukul 3.52 pagi. – JT

(Visited 23 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: