KPDNHEP JOHOR RAMPAS 1,700 BARANG TIRUAN

KPDNHEP JOHOR RAMPAS 1,700 BARANG TIRUAN

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merampas 1,700 barangan tiruan bernilai
RM64,662 dalam operasi berasingan yang berlangsung selama tiga hari di Johor Bahru, Segamat dan Kluang.

KPDNHEP Johor dalam kenyataan memberitahu, operasi membabitkan lapan premis di tiga daerah berkenaan dijalankan setelah mereka didapati
menjual pelbagai barangan tiruan seperti pakaian, beg, jam tangan dan kasut pelbagai jenama.

“Salah satu premis yang diserbu di Johor Bahru menjadi stor simpanan disyaki peniaga yang melakukan penjualan secara atas talian.

“Seramai lima lelaki melibatkan tiga rakyat tempatan dan masing-masing seorang warga Indonesia dan India telah ditahan dalam operasi
ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman individu
didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan cap dagangan palsu yang dijual.

KPDNHEP Johor turut menasihatkan peniaga agar mematuhi segala undang-undang perniagaan ditetapkan dan tidak
menjual barangan tiruan.

Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi Whatsapp KPDNHEP menerusi talian nombor 0192794317. – JT

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: