KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH DIREMAN – @SPRMMalaysia

KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH DIREMAN – @SPRMMalaysia

JOHOR BAHRU: Seorang ketua penolong pegawai daerah direman empat hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah membabitkan wang berjumlah RM23,500.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Norhidayah Abd Manaf.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan pihak SPRM di pejabatnya kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Dia dikatakan meminta dan menerima wang suapan daripada seorang kontraktor sebagai balasan dan dorongan mendapatkan 12 kerja kontrak dikeluarkan sebuah pejabat daerah, Mei lalu.

SPRM dikatakan turut menyita wang tunai berjumlah RM10,000 ketika menahan lelaki berkenaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Terdahulu, lelaki itu hadir ke perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9.30 pagi.

Dia dilihat memakai baju jingga SPRM dan diiringi beberapa anggota agensi berkenaan sebelum memasuki Bilik Reman kira-kira setengah jam kemudian. – BH

(Visited 56 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: