KESAN ORANG POLITIK BERKUASA SEPENUHNYA – TMJ

KESAN ORANG POLITIK BERKUASA SEPENUHNYA – TMJ

JOHOR BAHRU 251020 – Pergolakan politik yang sedang berlaku di negara ini ketika ini adalah petunjuk jelas apabila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang politik sahaja.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar.

“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang yang tamak dan gilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Inilah pentingnya sistem beraja di mana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan ‘check & balance’ dalam pentadbiran negara. Doa dan harapan saya adalah kestabilan,” katanya dalam status terbaharu yang dimuat naik dalam Facebook beliau, hari ini.

Hari ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat menghadiri Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Pada pertemuan itu Raja-raja Melayu memperincikan segala syor dibentangkan Perdana Menteri ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, kelmarin. – JT

Raja-raja Melayu akan mengadakan pertemuan khas di Istana Negara petang ini bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

(Visited 23 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: