KEPUTUSAN AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT – @KHALEDNORDIN

KEPUTUSAN AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT – @KHALEDNORDIN

JOHOR BAHRU 251020 – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjunjung kasih atas keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang tidak mengisytiharkan perintah darurat seperti yang dicadangkan oleh kerajaan.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku dan Raja-Raja Melayu telah mengambil kira kepentingan rakyat dengan sebenar-benarnya.

“Malah, keputusan Istana Negara bahawa tiada keperluan mengisytiharkan darurat secara tidak langsung memberi makna yang selayaknya kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan agar ia tidak
digunakan sewenang-wenangnya.

“Keputusan ini juga memaparkan keyakinan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku kepada keupayaan sistem kesihatan Malaysia dan kemampuan penjawat awam serta rakyat Malaysia dalam mengatasi krisis kesihatan global ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, kebijaksanaan dan hikmah daripada keputusan itu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Institusi Raja sentiasa mengutamakan denyut nadi rakyat, meraikan demokrasi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Semoga ia menjadi penegasan dan pengajaran yang mematangkan semua pihak, insya-Allah,” katanya. – JT

(Visited 27 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: