in

JOHOR TIGRIS BENAM PDRM DEFENDERS

JOHOR TIGRIS BENAM PDRM DEFENDERS

WALAUPUN tewas pada set pertama, namun permainan Johor Tigris tampil lebih kemas pada set kedua dan penentuan untuk membenam cabaran PDRM Defenders 24-25, 21-18 dan 21-6 dalam saingan Divisyen Premier Liga Sepak Takraw (STL) 2020, semalam.

Kemenangan itu sekali gus diharap menjadi tonik baharu untuk menghadapi cabaran Negeri Sembilan Antlers dalam aksi seterusnya.

Dalam aksi sebelum ini, Johor Tigris tunduk 21-10, 15-21, 22-24 kepada KL Thunder.

Aksi menentang Negeri Sembilan Antlers pasti sengit selepas pasukan ‘Jang’ tampil garang membenam Selangor Pistons 21-12, 21-6.

Serlahkan kehebatan Johor Tigris. – JT

(Visited 77 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0