http://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/10/810-JOHOR-TANGGUH-PROGRAM-BERSKALA-BESAR-HASNI--1200x675.png
in

JOHOR TANGGUH PROGRAM BERSKALA BESAR – HASNI

JOHOR TANGGUH PROGRAM BERSKALA BESAR – HASNI

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan menangguhkan acara atau perhimpunan berskala besar bagi mengekann penularan COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semalam.

“Semalam kita bersetuju untuk tumpu kepada program, aktiviti dan mesyuarat berskala kecil dan penting sahaja.

“Program serta mesyuarat besar perlu kita tangguh kerana kita amat bimbang rakyat Johor menjadi terbiasa berada dalam kelompok yang ramai, sekali gus tidak lagi mengambil berat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu sentiasa diamalkan,” katanya semasa melancarkan buku Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Menteri Besar turut menggalakkan pihak swasta mengikuti langkah kerajaan negeri supaya menanguhkan sementara program besar yang telah dirancang.

“Biarlah kerajaan Johor menjadi contoh untuk menangguhkan dahulu semua program besar yang dirancang dan kita berharap organisasi swasta dan rakyat mengikuti jejak langkah ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

“Jika tidak yakin orang ramai yang akan menghadiri program mereka mampu mematuhi SOP ketat, kita harap ia ditangguhkan dahulu atau adakan dalam skala lebih kecil,” katanya. – JT

(Visited 24 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0