JDT JUARA LIGA SUPER KALI KE-7 BERTURUT-TURUT

JDT JUARA LIGA SUPER KALI KE-7 BERTURUT-TURUT

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Liga Super bagi kali ke-7 berturut-turut apabila membenam Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Jika sebelum ini, Perak dan Selangor menerima nasib malang apabila di belasah 7-0 dan 6-1, di stadium baru JDT, malam ini giliran Sabah menerima nasib yang sama.

Mujur, tindakan Sabah yang mengamalkan permainan bertahan khususnya pada separuh masa pertama membolehkan mereka menafikan banyak percubaan demi percubaan skuad merah biru.

Walaupun Sabah sebenarnya terdesak untuk mencipta kemenangan atau sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata, namun kehebatan JDT gagal dikekang.

Lebih membanggakan, bintang JDT, Safawi Rasid dua kali menggegar jaring, iaitu pada minit ke 56 dan 81.

Pesta gol JDT dimulakan Diego pada minit ke-38 dan Leandro melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-84.

Sabah mendapat gol sagu hati menerusi Dennis Buschening pada minit ke-74.

Kejuaraan CIMB Liga Super 2020 itu juga membolehkan pasukan JDT memastikan tempat mereka diperingkat kumpulan saingan AFC Champions League 2021 dan merupakan penyertaan mereka buat kali ke-3 berturut-turut dalam aksi bola sepak paling elit di Asia itu.

Syabas dan tahniah JDT!

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: