ISKANDAR NEW ECONOMY EXPERIENCE TALENT (Iskandar NEXT) MERANCAKKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DIGITAL

ISKANDAR NEW ECONOMY EXPERIENCE TALENT (Iskandar NEXT) MERANCAKKAN PEMBANGUNAN EKONOMI DIGITAL

Iskandar Puteri : Johor akan mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi dengan kewujudan ekonomi digital baru.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata menerusi inisiatif Iskandar Next, ia dilihat boleh membantu kerajaan negeri dalam mencipta peluang pekerjaan, sekaligus menambah keyakinan pelabur.

“Iskandar Next yang diuruskan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) ini memfokuskan kepada inovasi digital, memperkasa ekonomi dan pembangunan bakat.

“Dengan keadaan sekarang ini,  ramai rakyat yang tiada pekerjaan, pendapatan berkurangan dan perniagaan terjejas”, katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Iskandar Next di sini hari ini.

Menurut beliau, Iskandar Next adalah salah satu usaha yang komprehensif sejajar dengan matlamat menjadikan Johor menerusi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ke tahap lebih baik, khususnya dalam bidang pembuatan.

“Saya percaya kita tidak boleh mensia-siakan bakat rakyat Johor, sektor awam dan swasta perlu melibatkan diri dalam usaha yang komprehensif ini bagi memastikan warga negeri ini mahir serta terlatih sejajar dengan permintaan pasaran.

“Iskandar Next turut bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk memberi tumpuan dalam bidang dron dan robotik, keselamatan makanan, pembangunan bakat serta pendidikan, katanya.

Tambah Hasni, pihaknya menyarankan pemain industri dan perniagaan terlibat dalam pelaburan serta pembangunan negeri ini, khususnya menerusi pelaburan yang digariskan dalam tujuh ikhtiar Makmur Johor.

“Antaranya Johor Digital Masterplan, Ibrahim Johor Economic Council (IJEC), Segitiga Pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (SIJO-Kepri), Jajaran Ekonomi Baru, Bank Makanan Johor dan Pelan Pembangunan Mampan Johor, katanya. – JT

(Visited 64 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: