HANYA 1 KES POSITIF DIKESAN DI SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA

HANYA 1 KES POSITIF DIKESAN DI SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA

JOHOR BAHRU 081020 – Hanya satu kes positif COVID-19 dikesan hingga kini di sempadan Malaysia-Singapura sejak dibuka pada 17 Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan berkata, kes positif itu dikesan daripada individu yang pulang di bạwah skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

“Secara kêseluruhan hingga semalam, pelawat yang masuk ke negeri ini berjumlah 1,191 mẻnerusi skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan 7,163 menggunakan skim PCA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pembukaan sempadan tersebut yang dibuka semula secara rasmi pada 17 Ogos lalu hanya membenarkan mereka yang keluar masuk membabitkan kemudahan RGL dan PCA.

RGL dan PCA itu dibenarkan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Ismail (BSI) di sini dan CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar (BSAB), Gelang Patah.

Vidyanathan berkata, walaupun keadaan di sempadan dapat diurus dengan baik namun dijangkakan peningkatan kes koronavirus akan terus berlaku dalam masa terdekat dengan kemasukan kes import dan aktiviti survelans yang dipertingkatkan.

Beliau memberitahu, sehingga semalam, kumulatif kes Covid-19 di Johor melibatkan 799 kes dengan 47 kes aktif, 731 kes sembuh dan 21 kematian dilaporkan setakat ini.

Jelasnya, dalam tempoh itu juga terdapat enam kes baharu dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) iaitu lima kes melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dan satu kes berkaitan Kluster Selasih di Putrajaya.

Bagi Kluster Bakawali yang dilaporkan pada 29 September lalu, beliau berkata, kumulatif kes positif adalah kekal 15 kes.

“Sehingga semalam 357 kontak rapat sudah dikenal pasti dan kesemua kontak itu telah dijalankan ujian Covid-19 dengan semua keputusan adalah negatif.

“Kluster ini masih lagi dalam pemantauan dan dijangka tamat pada 28 Oktober ini,” katannya dan memberitahu keadaan semasa di Johor masih lagi terkawal. – JT

(Visited 25 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: