EMPAT PEMANCING SELAMAT, BOT ROSAK

EMPAT PEMANCING SELAMAT, BOT ROSAK

JOHOR BAHRU – Empat pemancing berjaya diselamatkan pasukan keselamatan selepas enjin bot mereka mengalami kerosakan semasa memancing di perairan Pulau Merambong, dekat sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.59 petang.

“Kejadia itu dimaklumkan seorang daripada mangsa, Anuar Yusof, 30, memberitahu bot dinaiki mengalami kerosakan enjin pada kedudukan 0.2 batu nautika Tenggara Pulau Merambong.

“Mangsa kesemuanya empat orang berusia antara 23 hingga 34 tahun keluar memancing dari Jeti Kampung Pendas, Johor Bahru pada jam 12 tengah hari semalam.

“Enjin bot gagal dihidupkan ketika mereka ingin bergerak dan mangsa terus menghubungi talian MERS 999 untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sejurus menerima laporan tersebut, pihaknya terus mengarahkan sebuah bot Kilat 18 ke lokasi kejadian.

Apabila Maritim Malaysia sampai 20 minit kemudian, kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat serta memakai jaket keselamatan.

Bot mereka ditunda ke Jeti Kampung Pendas menggunakan sebuah lagi bot rakan mangsa yang turut dihubungi mangsa dỉiringi Bot Kilat 18 pada pukul 7.06 petang semalam. – JT

(Visited 14 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: