EMPAT LELAKI DITAHAN TERLIBAT CURI MOTOSIKAL

EMPAT LELAKI DITAHAN TERLIBAT CURI MOTOSIKAL

KULAI – Polis menahan empat lelaki di tiga lokasi berasingan sekitar daerah ini malam tadi kerana terlibat dalam beberapa kes curi motosikal.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, kesemua lelaki tempatan berumur 19 hingga 25 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 malam di Kampung Baru Sengkang, Kelapa Sawit serta Taman Gunung Pulai.

Katanya, tangkapan tersebut dilakukan selepas seorang lelaki membuat laporan di IPD Kulai memaklumkan motosikalnya hilang di Texas Gym, Kelapa Sawit pada jam 9 malam, 18 Ogos lalu.

“Mereka ditahan sepasukan anggota Cawangan Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai yang melakukan serbuan kerana
terlibat dengan beberapa kes mencuri motosikal di daerah ini.

“Hasil soal suspek mengaku terlibat beberapa kejadian curi motosikal sekitar Kulai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas sebuah motosikal Yamaha 135LC, tiga buah rangka motosikal dan dua buah casing enjn motosikal.

Hasil saringan air kencing mendapati keempat-empat suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tiga daripada mereka mempunyai rekod jeayah lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum satu tahun atau maksimum tujuh tahun dan denda. – JT

(Visited 15 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: