DUA SEKOLAH AGAMA DI JB DITUTUP AKIBAT #COVID19

DUA SEKOLAH AGAMA DI JB DITUTUP AKIBAT #COVID19

JOHOR BAHRU 251020 – Dua sekolah agama di Kempas ditutup seminggu bermula hari ini selepas dikesan penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, penutupan itu membabitkan Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas yang ditutup hingga 31 Oktober ini.

Menurut beliau, penutupan kedua-dua sekolah agama tersebut membabitkan seramai 2,862 murid, 43 guru dan lima kakitangan sekolah.

“Penutupan kedua-dua sekolah agama berkenaan dibuat atas nasihat dan saranan Kementerian Kesihatan.

“Sekolah Agama Taman Cempaka diarah ditutup selepas seorang murid Darjah Khas disyaki dijangkiti COVID-19 daripada ibunya yang disahkan
positif wabak berkenaan dengan murid berkenaan sudah menjalani ujian calitan dan masih menunggu keputusan.

“Penutupan Sekolah Agama Kempas pula dibuat susulan arahan penutupan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Mohd Rahmat, yang berada
berhampiran sekolah agama berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar mengumumkan kewujudan Kluster Kempas membabitkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor yang sudah menjangkiti lapan individu. – JT

(Visited 22 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: