DUA MAUT, SEORANG PARAH KEMALANGAN

DUA MAUT, SEORANG PARAH KEMALANGAN

SUNGKAI: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kampung Klah Baru, di sini, jam 11 pagi tadi membabitkan Proton Saga dan Perodua Myvi.

Dalam kejadian itu, mangsa dalam Proton Saga, Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56, dari Rumah Awam, Jalan Ketoyong ,Tanjung Malim maut di tempat kejadian.

Pemandu Perodua Myvi pula cedera parah dan dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan terbabit jam 11.04 pagi.

“Pemandu dan penumpang kereta Proton Saga disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BH

(Visited 15 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: