in

BERI MEDIA HAK SAMA RATA – NUJM

https://johortimes.my/wp-content/uploads/2020/10/111-102.jpg

BERI MEDIA HAK SAMA RATA – NUJM

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) mahu ketetapan hanya 15 agensi media dibenar membuat liputan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 dan pembentangan Belanjawan 2021 dikaji semula.

Ia bagi memastikan lebih banyak agensi media terutama portal dalam talian dibenar membuat liputan.

Presidennya, Farah Marshita Abdul Patah, berkata ketetapan sedia ada menyaksikan cuma 15 agensi media dibenarkan membuat liputan di Dewan Rakyat bagi kedua-dua acara berkenaan.

“NUJM merujuk kenyataan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia iaitu hanya 15 agensi media dibenar membuat liputan sepanjang mesyuarat itu.

“Berpegang kepada prinsip kebebasan media dan kerajaan yang telus, agensi portal tempatan harus diberi suara dan hak sama dalam membuat liputan, terutama isu membabitkan kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Farah Marshita berkata, pemilihan media bagi sebarang liputan rasmi harus dilakukan secara seimbang dan sama rata supaya tidak ada yang berasa dipinggir atau melihat kebebasan media menjalankan tugas disekat.

“Sudah tiba masanya agensi media tidak didorong haluan kerajaan kerana tindakan itu akan membuatkan masyarakat berasa media masih dikawal dan berada di bawah telunjuk kerajaan atau parti politik.

“Kami yakin jika ruang luas dan teratur disediakan untuk petugas media, prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan prosedur penjarakan fizikal dapat dipatuhi serta diamalkan pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata, petugas media antara kelompok kakitangan barisan hadapan dan berperanan melaporkan setiap perkara yang berlaku dalam negara. – BH

https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE
(Visited 63 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Loading…

0