BAYI 20 HARI MENINGGAL DUNIA TERSEDAK SUSU

BAYI 20 HARI MENINGGAL DUNIA TERSEDAK SUSU

ISKANDAR PUTERI – Seorang bayi perempuan meninggal dunia dipercayai tersedak susu di rumah sewa bapa angkatnya di Forest City, Tanjung Kupang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, bayi tersebut berusia 20 hari dan kejadian tersebut disedari bapa angkatnya kira-kira pukul 10 pagi.

“Bapa angkatnya yang berusia 35 tahun mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi klinik di Tanjung Kupang untuk bantuan.

“Petugas klinik datang dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan kematian bayi tersebut.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bapa angkat bayi itu yang merupakan seorang mekanik membuat laporan polis mengenai kejadian itu pukul 3.07 petang semalam.

Beliau memberitahu, bayi berkenaan dilahirkan di HSA pada 27 September lalu dan kes masih dalam siasatan. – JT

(Visited 5 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: